Monday, 4 April 2011

Santapan rohani di airport kepala batas^_^

29 mac yang lalu (selasa) ana telah di amanahkan oleh sahabat ana untuk menjemputnya di lapangan terbang kepala batas, pulau pinang...Ini kerana beliau telah pulang ke Selayang berikutan masalah yang tak dapat di elakkan...Ana tiba setengah jam awal di lapangan terbang bg memastikan beliau tidak menunggu ana...Sedang ana menunggu sahabat ana, ana berkesempatan untuk masuk ke sebuah kedai yang menjual bahan2 bacaan ilmiah serta bahan makanan ringan...Sedang ana membelek2 buku, ana terjumpa sebuah buku yang bertajuk "7 golongan yang mendapat naungan di padang mahsyar"... berikut ana senaraikan apa yg sempat ana baca dari buku tersebut....^_^

7 golongan yang mendapat naungan di padang mahsyar
1) Pemimpin yang adil
2)Pemuda yang tekun beribadah
3) Orang yang hatinya terpaut pada masjid
4) Orang yg berkasih sayang kerana Allah s.w.t
5) Lelaki yang digoda oleh wanita cantik untuk berbuat maksiat, tetapi lelaki itu menolak kerana takutkan Allah s.w.t
6) Orang yg bersedekah dengan ikhlas
7) Orang yg berzikir hingga menitiskan air mata


Belum sempat ana baca detail lagi, sahabat ana pun sampai...Dan ana pun berlalu bersamanya...sampai sini saja yang boleh ana kongsikan bersama...Kalau ada sebarang  penambahan serta pertanyaan mahupun sebarang komen2 membina, ana amat alu2kan...sekian, wasalam^_^




~Nia Kirana~

3 komen:

Anzur Anuar said...

terima kasih kerana berkongsi.

Live Blog: belog! my Oxygen

Nurul Ain Othman said...

your welcome anzur..ilmu kn kena kongsi2^_^

Izzul said...

nice entry...jom follow aku....huhu