Monday 4 April 2011

Santapan rohani di airport kepala batas^_^

29 mac yang lalu (selasa) ana telah di amanahkan oleh sahabat ana untuk menjemputnya di lapangan terbang kepala batas, pulau pinang...Ini kerana beliau telah pulang ke Selayang berikutan masalah yang tak dapat di elakkan...Ana tiba setengah jam awal di lapangan terbang bg memastikan beliau tidak menunggu ana...Sedang ana menunggu sahabat ana, ana berkesempatan untuk masuk ke sebuah kedai yang menjual bahan2 bacaan ilmiah serta bahan makanan ringan...Sedang ana membelek2 buku, ana terjumpa sebuah buku yang bertajuk "7 golongan yang mendapat naungan di padang mahsyar"... berikut ana senaraikan apa yg sempat ana baca dari buku tersebut....^_^

7 golongan yang mendapat naungan di padang mahsyar
1) Pemimpin yang adil
2)Pemuda yang tekun beribadah
3) Orang yang hatinya terpaut pada masjid
4) Orang yg berkasih sayang kerana Allah s.w.t
5) Lelaki yang digoda oleh wanita cantik untuk berbuat maksiat, tetapi lelaki itu menolak kerana takutkan Allah s.w.t
6) Orang yg bersedekah dengan ikhlas
7) Orang yg berzikir hingga menitiskan air mata


Belum sempat ana baca detail lagi, sahabat ana pun sampai...Dan ana pun berlalu bersamanya...sampai sini saja yang boleh ana kongsikan bersama...Kalau ada sebarang  penambahan serta pertanyaan mahupun sebarang komen2 membina, ana amat alu2kan...sekian, wasalam^_^




~Nia Kirana~

Friday 25 March 2011

Aku merindui bumi itu

Bismillahirrahmanirrahim.....
Ya Allah, betapa aku merindui bumi itu...Bumi yang penuh barakah...Bumi yang penuh dengan asuhan dan tarbiyyah...Bumi di mana aku mencipta kenangan demi kenangan yang hingga kini menyemai seri jauh di sudut hati...


Setiap pagi & petangku di isi dengan bacaan al-mathurat...Setiap solat fardhu akan di susuli dengan solat sunat...Selepas solat maghrib akan diisi dengan solat sunat hajat...Setiap malam bertadarus...Isnin & Khamis diisi dengan puasa sunat...Setiap sekali seminggu akan di penuhkan dengan usrah...Setiap sabtu malam ahad pasti akan di adakan kuliah maghrib dari kelas2 yang terpilih...Allahu Akbar...Betapa hidupku terisi dengan semua ini...Alangkah indahnya hidupku ketika ini...

Benarlah kata2 senior yang telah pergi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...Selepas keluar dari bumi ini, pasti kita akan merinduinya...Dan kini, aku dengan penuh yakin mengiakannya... Inilah yang sedang aku rasai...Hati ini terlalu merindui bumi itu, merindui saat tatkala Bonda Ustazah Fatimah binti Othman mengimamkan solat maghrib dan isyak jika beliau mempunyai kelapangan waktu...Hati ini sayu apabila mengigati setiap bait2 doa yang bonda lafazkan...Sangat khusyuk & penuh dengan penghayatan...Setiap kali bonda hadir bagi mengimamkan solat kami, bonda tidak pernah merasa jemu untuk mencurahkan tazkirah buat kami...PASTI...

Ya Allah, kekalkanlah barakah di bumi itu...Moga setiap insan yg berada di bumi itu sentiasa di bawah naunganMU...Amin...Sesungguhnya, aku merindui bumi itu...Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh...^_^

Saturday 19 March 2011

New to blog^^

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t...
First and foremost, saya nak ucapkan setinggi2 ucapan terima kasih kpd Cik Mahfuzah Husna binti Zulkifli coz sudi tolong saya buat blog nie....Thanks a lot dear....Hanya Allah saja yang dapat balas jasa kamu sahabat... Actually, saya sebenarnya dah lama sangat teringin nak ada blog sendiri, sebab selalu sangat baca blog orang lain dan baca kisah hidup orang...Dengan adanya blog ini, dapat kita sama-sama kongsi ilmu & pengetahuan di samping menambah kenalan serta merapatkan ukhuwah yang sedia terjalin...InsyaAllah...
Buat semua sahabat, moga ukhuwah yang terjalin ini persis sekuntum bunga, amin...
Buat akhirnya, terimalah salam ukhuwah dari saya....Wasalam....

~Nurul Ain Othman~